![]() |
SEJARAH SKATEBOARDING DI MALAYSIA | ||||
Galeri Foto guestbook Home Kredit Links ![]() ![]() |
Satu permulaan.. Tidak ramai orang yang tahu sebenarnya skateboarding telah mula bertapak di Malaysia semenjak tahun 1980an. Pada sekitar tahun 1980an kita jarang sekali kedengaran mengenai sukan ini kerana tidak banyak pihak yang mahu melibatkan diri dalam sukan ini.Skateboarding, yang merupakan salah satu sukan ekstrem mempunyai ramai peminat terutamanya dikalangan remaja mula mendapat perhatian ramai di sekitar 1990an. |
|||
1993 Pada tahun 1993, satu pertandingan skateboarding peringkat kebangsaan telah diadakan iaitu 'Isetan Skateboarding Championsip di Kuala Lumpur. Memandangkan ini merupakan kali pertama pertandingan sebesar ini diadakan, sambutan yang diterima amatlah memberangsangkan dimana peminat sukan ini dari seluruh pelusuk negara telah datang untuk bertanding.Pertandinagan ini telah melahirkan dua bintang iaitu Joe Ipoh dan Pa'Din. |
||||
1995 Pada tahun 1995, skateboarding semakin diminati ramai, terutamanya selepas bermulanya trend muzik 'hardcore'. Imej skateboarder menjadi pilihan kebanyakan golongan muda. Kebanyakan remaja boleh dilihat berpakaian barangan jenama skateboard. Pada ketika ini terdapat sedikit sahaja kedai di Kuala Lumpur yang menjual barangan skateboard seperti Zone 5,Spitfire II dan Fishbone. Dengan harga yang murah dan berpatutan, maka ramailah orang yang berkemampuan untuk bermain sukan ini. |
||||
1996 Pada tahun 1996, buat kali pertama kalinya demo atau pertunjukan besar-besaran telah diadakan di Andalas Klang. Demo ini telah dianjurkan oleh penduduk Klang sendiri dengan penaja-penaja lain. Ramai orang telah hadir untuk menyaksikan pertunjukan tersebut dimana pelabagai skil dan teknik yang menarik telah dipersembahkan oleh skater tempatan seperti Joe Ipoh, Pa'Din dan lain-lain lagi. | ||||
Kerana minat yang mendalam dalam bidang skateboarding dan ingin memastikan ia terus berkembang, maka lahirlah majalah skateboard iaitu Sandwich Skatezine. Majalah ini adalah hasil cipataan Pa'Din dan Fazley dan hanya dikeluarkan sehingga isu ke4 sahaja. Majalah ini serba sedikit telah membantu dalam menyebarkan maklumat terkini mengenai sukan ini kepada orang ramai. | ||||
1997 Pada tahun 1997, Benson & Hedges Extreme Demo telah diadakan di Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor dimana pakar skateboarder dari Amerika telah dibawa untuk untuk mengadakan persembahan. Di antara pakar tersebut adalah Andy Mcdonald,Willy Santos, Mike Frazier, Mike Crum, Matt Hoffman dan ramai lagi. |
||||
1998 Pada tahun 1998, negara kita telah dilanda kegawatan ekonomi. Akibatnya harga barangan skateboard telah melonjak tinggi. Ini sekaligus telah menyebabkan jualan berkurangan dan ada sesetengah kedai terpaksa ditutup kerana tidak mampu menanggung kerugian. Pada ketika ini, sukan ini mengalami perkembangan yang lembap. |
||||
1999 Pada tahun 1999, majalah skateboard Malaysia yang pertama iaiti majalah DNA. Tidak lama kemudian lahir sebuah lagi majalah skateboard iaitu Revolution. |
||||
Pada tahun 2000, Kejohanan Asian X Games yang pertama telah diadakan di Thailand. Dalam kejohanan ini, wakil negara kita bagi acara skateboarding iaitu Pa'Din telah mendapat tempat pertama. Hasi kejayaan ini, pihak Kementeruian Belia dan Sukan telah mengambil keputusan untuk melobi supaya Asian X Games yang seterusnya diadakan di Malaysia untuk 2002,2003 dan 2004. | ||||
2000 Pada tahun 2001, berikutan kejayaan acara extreme Rush X pada tahun 2000, Philips telah menganjurkan acara sambungan yang bertajuk X-Rage. Bagi 'Grand finals X-Rage' pemenang dari selutuh Asia termasuklah Indonesia, Thailand, Taipei dan ramai lagi telah dijemput untuk bertanding bagi menentukan pemenang keseluruhan dan pemennannya ialah Joe Ipoh dari Malaysia. |
||||
2002 Pada tahun 2002, video skateboard Malaysia yang pertama telah dijual secara komersial. Video skateboard ini atau diberi nama video Saje Suka merupakan hasil usaha Gencos Production. |
||||
2003 Pada tahun 2003, kita telah menyaksikan seorang anak tempatan telah diiktiraf sebagai professional. Beliau adalah Calvin Long yang berasal dari Subang Jaya. Hasil usaha yang gigih, Calvin Long telah mendapat tawaran untuk menjadi pro bagi syarikat King of Kings Skateboard. |